Sabtu, 30 Mei 2009

Muhammad Fuad Abdul Baqi [1388H/1968M]


Muhammad Fuad bin ‘Abd al-Baqi b. Salleh b. Muhammad (w1388H / 1968M).Beliau merupakan seorang penyusun indeks di dalam lapangan Sunnah Nabawiyah dan juga ayat-ayat al-Quran.

Beliau berasal dari negara Mesir dan pernah mengajar di sekolah-sekolah sekitar kota Kaherah, kemudiannya menjadi penterjemah Bahasa Arab dari Bahasa Perancis untuk Bank Pertanian di Kaherah dari tahun 1905 hingga tahun 1933.

Setelah itu, beliau berhenti dari kerjanya dan mula bergiat dalam bidang penulisan secara langsung. Penglihatannya kabur dan menjadi buta sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di kota Kaherah kerana terlalu banyak membaca dan mentelaah buku dan kitab. Seorang yang rajin berpuasa, bersemangat gigih serta cekal dalam mencapai hasratnya.

Karyanya:

* Kitab “Miftah Kunuz al-Sunnah” yang telah diterjemahkan dari Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Arab adalah satu sumbangan beliau di samping usahanya untuk mempelajari bahasa tersebut,
* Kitab “Mu’jam al-Mufahras li Alfazh al-Quran”,
* Kitab “al-Lu’lu’ wa al-Marjan Fi Ma Ittafaqa ‘ala Syaikhan” iaitu himpunan hadis yang disepakati oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, setebal 3 jilid,
* Kitab “Mu’jam Gharib al-Quran” dan
* Indeks untuk kitab “Muwatta’ Imam Malik”,
* Indeks untuk kitab “Sunan Ibn Majah” dan
* Indeks untuk kitab “Sahih Muslim” di samping sedikit huraian.

Semoga Allah merahmatinya dan kita semua! Amin ya Rabb!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar